Isnin, 3 September 2012

Mr. Tom bila tidur di waktu petang...

Bila balik dari office terus dapatkan Mr. Tom. Rupa-rupanya Mr. Tom tidur di sofa.....bila aku panggil, terkebil-kebil matanya....so sweet bila tengok dia mamai macam tu....

Sup Kaki Ayam & Pedal Goreng Berlada

Ni lah dia dinner untuk malam tadi. Kebetulan semalam ada kawan bagi kaki ayam dan pedal ayam....apalagi masak sup kaki ayam dan pedal goreng berlada. Yang betul-betul mencabar semasa nak menggoreng kaki ayam...meletup letup minyaknya. Adui seperti kena tembak bertalu-talu. Habis dapur terkena percikkan minyak. Tapi puas hati bila hubby dan anak-anak kata,"sedapnya mama masak, macam ni kitaorang nak makan banyak-banyak".....

Kalau nak tau, bukan semua orang suka makan kaki ayam ni. Ada yang kata kotor la, tak pernah makan la, geli la...tapi bagi aku bila 1st time makan rasa nak lagi.....

Pernah masak or try Ketupat Goreng.....

Ketupat goreng, sedap kalau dijadikan breakfast.....cara masakannya sama seperti nasi goreng. Mybe pernah ada yang makan or masak. U all nak try ker, kalau nak try Rosma boleh sediakan resepinya di bawah ini :

1. Ketupat segera or ketupat daun yang telah dipotong dadu, ini mengikut citarasa masing-masing. 
    Apabila dah siap, ketepikan dulu.

Cara menyediakan sambalnya :

1. Bawang merah 4 or 5 ulas dikupas kulitnya.
2. Bawang putih 5 or 6 ulas dikupas kulitnya.
3. Cili boh or cili kering
5. Masukkan bawang merah, bawang putih & cili boh or cili kering untuk dikisar.
6. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis bahan-bahan yang dikisar
    tadi.
7. Bila bahan-bahan yang ditumis tadi dah naik bau, masukkan sedikit garam, gula, perasa
    (ajinomoto) secukup rasa dan air asam jawa.
8. Gaul seketika, selepas itu baru masukkan ketupat yang dipotong dadu tadi. Kacau hingga sebati,
    seperti kita memasak nasi goreng. Bila dah selesai, apalagi jom kita melantak......sedapnya kalau
    dimakan panas-panas.
Cubalah try yer..................