Selasa, 8 Januari 2013

Style Ms. Rose ke Wedding Dinner anak boss...Hotel Concorde KL

Pada 16hb Disember 2012, Ms. Rose ada invitation dari Big Boss Mr. Hoh ke wedding dinner anak perempuannya Sara di Hotel Concorde, KL. Dengan berjubah kaftan, turban dan clutch berwarna gold. Perghhhhhhh ni lah 1st time Ms. Rose bergaya sakan la katakan. My dotters bergilir-gilir nak bergambar, macamlah mama mereka ni artis. Tetapi permintaan mereka Ms. Rose ikutkan.
Sampai jer kat Hotel Concorde, Ms. Rose telah ditempatkan di meja No. 46 bersama-sama dengan Mr. Yong (Contract Manager), Mr. Song (Ritma Hebat), Mr. Long (Ritma Hebat) & Mr. LC Lee (Project Engineer). Menunya jangan cakap la...ada 9 hidangan...sampaikan Ms. Rose tak larat dahhhhhhhh.....
Takkan Ms. Rose lupa dengan penampilan semasa wedding dinner ni......

Kecantikan itu datang dari hati.......

Ms. Rose ada sikit cerita yang nak dikongsikan bersama....kecantikan itu datang dari hati. Jika hati kita bersih murni maka kecantikan akan terpapar diwajah kita. Jangan ada perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu dan busuk hati.

Ms. Rose bukan aper, kebanyakkan orang ni sangka diri mereka tu cantik, jangan perasanlah....kecantikan yang kita ada ni pun hanya bersifat sementara. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan kepada kita, ni tidak segelintir manusia sesuka hati mengubah setiap ciptaanNYA....

Cewahhhhhh berceramah pulak Ms. Rose hari ini.