Selasa, 18 September 2012

Persoalannya......

 
Apa kena dengan perasaan aku hari ini. Rasa seperti mahu nangis, menggelabah dan takut. Dari pagi tadi menunggu panggilan telefon dari suami sehingga sekarang tiada khabar berita. Aku cuba elakkan memikirkan yang tak elok berkenaan dengan suami ku. Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan aku di saat ini.
 
Berkali-kali aku cuba mendail, hanya kedengaran cuma suara si operator. Ya Allah Ya Tuhanku, KAU lindungilah suami ku Ya Allah dari segala kejahatan, hasad dengki manusia. Aku berharap agar tiada apa-apa berlaku ke atas suami ku.
 
Aku cuba fokus pada kerja-kerja di office tetapi fikiran ku tetap memikirkan di manakah suami ku di saat ini. Kali terakhir aku menerima panggilan telefon darinya ialah petang semalam.
 
Astagfirullah....astagfirullah....risaunya aku, takutnya aku.....pada siapa lagi aku nak mengadu. Pada siapa lagi aku nak minta tolong....apa sepatutnya aku buat di ketika ini. Kes yang lama pun belum selesai lagi, tak sanggup rasanya......