Selasa, 8 Januari 2013

Style Ms. Rose ke Wedding Dinner anak boss...Hotel Concorde KL

Pada 16hb Disember 2012, Ms. Rose ada invitation dari Big Boss Mr. Hoh ke wedding dinner anak perempuannya Sara di Hotel Concorde, KL. Dengan berjubah kaftan, turban dan clutch berwarna gold. Perghhhhhhh ni lah 1st time Ms. Rose bergaya sakan la katakan. My dotters bergilir-gilir nak bergambar, macamlah mama mereka ni artis. Tetapi permintaan mereka Ms. Rose ikutkan.
Sampai jer kat Hotel Concorde, Ms. Rose telah ditempatkan di meja No. 46 bersama-sama dengan Mr. Yong (Contract Manager), Mr. Song (Ritma Hebat), Mr. Long (Ritma Hebat) & Mr. LC Lee (Project Engineer). Menunya jangan cakap la...ada 9 hidangan...sampaikan Ms. Rose tak larat dahhhhhhhh.....
Takkan Ms. Rose lupa dengan penampilan semasa wedding dinner ni......

Kecantikan itu datang dari hati.......

Ms. Rose ada sikit cerita yang nak dikongsikan bersama....kecantikan itu datang dari hati. Jika hati kita bersih murni maka kecantikan akan terpapar diwajah kita. Jangan ada perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu dan busuk hati.

Ms. Rose bukan aper, kebanyakkan orang ni sangka diri mereka tu cantik, jangan perasanlah....kecantikan yang kita ada ni pun hanya bersifat sementara. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan kepada kita, ni tidak segelintir manusia sesuka hati mengubah setiap ciptaanNYA....

Cewahhhhhh berceramah pulak Ms. Rose hari ini.



Selasa, 18 September 2012

Persoalannya......

 
Apa kena dengan perasaan aku hari ini. Rasa seperti mahu nangis, menggelabah dan takut. Dari pagi tadi menunggu panggilan telefon dari suami sehingga sekarang tiada khabar berita. Aku cuba elakkan memikirkan yang tak elok berkenaan dengan suami ku. Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan aku di saat ini.
 
Berkali-kali aku cuba mendail, hanya kedengaran cuma suara si operator. Ya Allah Ya Tuhanku, KAU lindungilah suami ku Ya Allah dari segala kejahatan, hasad dengki manusia. Aku berharap agar tiada apa-apa berlaku ke atas suami ku.
 
Aku cuba fokus pada kerja-kerja di office tetapi fikiran ku tetap memikirkan di manakah suami ku di saat ini. Kali terakhir aku menerima panggilan telefon darinya ialah petang semalam.
 
Astagfirullah....astagfirullah....risaunya aku, takutnya aku.....pada siapa lagi aku nak mengadu. Pada siapa lagi aku nak minta tolong....apa sepatutnya aku buat di ketika ini. Kes yang lama pun belum selesai lagi, tak sanggup rasanya......

Jumaat, 7 September 2012

Kisah sedih berulang kembali....

 
Ya Allah Ya Tuhanku.......bagaimanakah harus aku teruskan hidup ini. Rasanya seperti mahu mati tapi apakan daya terpaksa jua aku tempuhi. Andai ombak besar mambantai pantai begitulah jua rasa hati dan perasaanku diketika ini. Terseksa rasanya bila menanti sesuatu keputusan dan jawapan. Jawapan untuk penentu segalanya. Kerana terlalu menyintai dan menyayangi dikau, aku teruskan jua. Anak-anak penguat semangat untuk aku terus menjadi seorang insan yang tabah dan kuat.


Terasa diri ini semakin penat untuk mengatasinya....................................suamiku adalah sahabatku, sahabat baikku. Tiada yang lain hanya dia di hatiku.